Katakan
Tidak! kepada UMNO
Tidak! kepada PAS
Tidak! kepada PKR
Melayu hari ini mesti kembali bersatu
sebagaimana telah bersatunya orang-orang Melayu dahulu di atas landasan perjuangan PEKEMBAR ketika menentang Malayan
Ingat !!!
Bersatu kita teguh
Berpecah belah
Melayu pasti hancur!
Yaa Allah
Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah
Engkau berikan Nikmat,
Bukan jalan orang-orang yang Engkau Murkai
Dan Bukan pula jalan orang-orang yang Sesat.
Yaa Allah
Engkau limpahkanlah Selawat ke atas Muhammad
dan ke atas Aal Muhammad.
Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Terlebih dahulu melalui laman web Waris Pekembar yang diwujudkan ini ingin aku mengambil kesempatan untuk menghulurkan salam perkenalan dan salam persaudaraan aku kepada orang-orang Melayu hari ini khususnya kepada golongan muda Melayu masa kini yang masih memiliki jiwa cintakan Islam. Untuk makluman pembaca laman Waris Pekembar ini diketengahkan bertujuan untuk mendedahkan kepada orang-orang Melayu hari ini mengenai beberapa perkara berkaitan dengan sejarah perjuangan politik orang Melayu yang mana selama ini tidak pernah disampaikan secara jujur. Aku ingin mengajak generasi Melayu hari ini untuk membongkar isi sejarah oleh kerana kebanyakan dari kisah-kisah mengenai sejarah perjuangan politik orang Melayu yang telah ditulis ada di antaranya lebih menjurus kepada kisah-kisah yang membawakan gambaran indah khabar dari rupa berbudayakan lembu punya susu sapi punya nama.
Aku pernah terbaca dalam sebuah buku mengenai sejarah terkandung kata-kata yang menyebutkan bahawa manusia yang tidak kenal sejarah dan tidak mempedulikan sejarah adalah umpama manusia yang miskin tidak punya harga diri, tidak punya pendirian, mudah keliru dan senang menjadi pak turut. Agak-agaknya berapa ramai diantara kita orang-orang Melayu hari ini yang kenal sejarah mampu untuk memahami sejarah dan bersikap jujur terhadap sejarah ? Sejauh yang aku tahu kebanyakan daripada orang-orang Melayu yang pernah aku temui rata-rata kurang mengenali sejarah, terlalu ramai yang tidak faham tentang sejarah, golongan muda Melayu pula secara majoriti buta sejarah, maka tidak hairanlah jika keadaaan kita orang Melayu hari ini semakin bercelaru, masa depan untuk generasi Melayu di masa akan datang, semakin tidak menentu. Bila kita tidak kenal akan sejarah dan tidak faham tentang sejarah maka diri kita ini amat mudah diseret kedalam golongan pak turut, amat mudah dijadikan seperti lembu dan kerbau yang dicucuk hidung oleh manusia-manusia yang tidak pernah jujur terhadap sejarah.
Penjajah kafir Inggeris (British) sudah setengah abad meniggalkan negara kita namun najis-najis dari acuan penjajah kafir laknat itu masih lagi terpalit pada muka orang-orang Melayu UMNO dan mereka nampaknya begitu selesa dengan keadaan yang sedemikian. UMNO bunyinya seakan-akan Melayu tetapi bilamana maksud daripada nama atau perkataan UMNO itu diterjemahkan ternyata bahasa yang dibawakan olehnya berbahasakan kapada bahasa ibunda penjajah kafir Inggeris (BRITISH) dari golongan Nasrani yang bersepupukan Yahudi! Bolehkah kita mendakwa bahawa kita orang-orang Melayu sudah manjadi bangsa yang merdeka? Sedangkan bahasa penjajah kafir Inggeris(British) yang bernamakan UMNO itu terus kita agung-agungkan menjadi wadah dalam perjuangan? Merdeka apeke bende namanya ni? Beginikah caranya orang Melayu merdeka? Merdeka dengan jiwa yang masih lagi terjajah? Aku pernah terpandang dan terbaca cogan kata yang melata diserata di negara kita pada satu ketika dulu, pada hari ini cogan kata yang sedemikian rupa masih ada lagi atau tidak aku tidak berapa pasti oleh kerana aku sudah semakin kurang bergerak. 'Utamakanlah Bahasa Kita' 'Cintailah Bahasa Kita' 'Bahasa Jiwa Bangsa' Kita diseru melalui cogan-cogan kata tersebut supaya mencintai bahasa ibunda kita, tetapi apa pemimpin UMNO dah lakukan terhadap bahasa ibunda orang Melayu? Mengapa pemimpin-pemimpin UMNO yang silih berganti begitu ‘gah’ sekali menjunjung bahasa ibunda penjajah kafir Inggeris (British)? Sejak dari dulu sehingga ke hari ini? Adakah ianya akan kekal untuk selamanya?
Sewaktu di zaman persekolahan dahulu ketika membelek buku sejarah atau buku ilmu alam terdapat dua buah Negara yang dulu aku kenali melalui pembelajaran yang mana telah aku perhatikan secara sambil lalu, kini nama-nama negara itu telah memberi kesan kepada diri aku seolah-olah ada suatu lonjakan yang berlaku didalam diri aku supaya memandang kearah negara-negara tersebut, apatah lagi bila aku mengikuti perkembangan peristiwa-peristiwa mutakhir yang berlaku di negara-negara tersebut. Dulu Negara ini dikenali dengan nama ‘
Aku pernah terdengar tentang perkataan ‘sia’ ini dalam percakapan orang Minang. Jika kita membawa seseorang yang belum mereka kenali mereka akan berkata ‘Sia ko’ maksudnya mereka bertanya ‘siapa ini’. Tetapi berbeza pula dengan apa yang pernah diterjemahkan oleh sebahagian dari orang-orang Melayu tentang istilah ‘sia’. Engkau nak tahu dari mana datangnya perkataan ‘sia’ itu? Seorang kawan memberitahu aku ketika kami sedang bersembang menyentuh isu mengenai sejarah perjuangan politik Melayu. Istilah ‘sia’ itu adalah bahasa yang berasal dari dalam ‘KERANDA’. Kawan aku itu bercakap dengan air muka yang bersungguh-sungguh. Alamak! Biar betul apa yang kawan aku cakapkan ni? “Kalau kau tidak percaya tengok sejarah” katanya lagi. “Orang Melayu pernah
Dalam perbincangan pada waktu itu, seorang di antara anggota barisan Kepimpinan Pemuda parti tersebut tidak berminat dengan isu yang aku bawakan kepada mereka, yang lainnya setuju, dia seorang sahaja yang tidak, “Sekadar nama, Apa ada pada nama?” Kata dari yang tidak setuju, secara sinis. Aku tergamam buat seketika, aku agak keliru, Hati aku berkata-kata “Si pekak badak ni faham ke tak faham tentang isu yang aku ketengahkan ni, kenapa dia bebal sangat ?” Dia orang Melayu dia menganggotai Parti Semangat 46 yang mana keseluruhan dari ahlinya terdiri dari orang-orang Melayu. Bilamana isu mengenai bahasa ibunda orang Melayu yang telah dikhianati aku ketengahkan, dia pula tak ambil indah, tokoh Pemuda Semangat 46 yang seorang ini seolah-olah tidak mampu untuk membezakan di antara bahasa ibunda Melayu, bahasa emak bapak dia yang dibawakan oleh lambang perjuangan Pekembar dengan bahasa penjajah kafir Inggeris (British) yang terkandung pada nama UMNO yang mana telah datang dari lubuk hantu. Ternyata bunyinya sahaja yang hebat, Semangat 46! Tetapi semangat perjuangan sebenar tidak ada, wajarlah parti Semangat 46 akhirnya berkubur tidak bertanda. Bekas tokoh Pemuda Semangat 46 ini pernah menulis beberapa artikel yang telah tersiar di dalam akhbar Tabloid Mingguan Waktu yang merupakan satu-satunya Akhbar Tabloid yang paling aku minati waktu itu kerana sentiasa berisikan isu-isu yang panas, pro dan kontra.
Hari ini Dato' dok sama-sama makan benda tu sekali kot ???
Perjuangan aku untuk menuntut dikembalikan nama Pekembar bahasa Ibunda orang Melayu yang terpancar pada lambang perjuangan peninggalan orang-orang Melayu dahulu supaya berputik kembali di jiwa orang-orang Melayu bermula pada tahun 1991 di mana aku bersama isteri aku telah mengedarkan risalah di Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung pada tahun tersebut. Sejak dari tarikh itu sehingga ke hari ini, aku tidak pernah kenal jemu berjuang untuk menebus kembali bahasa ibunda aku yang terkandung pada lambang perjuangan orang Melayu itu yang selama ini telah dikhianati. Allah SWT telah mencelikkan mata hati aku sehingga aku dapat menerokai isi yang terkandung pada lambang perjuangan peninggalan orang-orang Melayu dahulu itu. Alhamdulillah, aku telah mendapat pertunjuk bahawa itulah satu-satunya lambang perjuangan orang Melayu yang bercirikan kemuliaan Islam telah lahir di bumi Melayu yang mana tidak pernah dimengertikan oleh orang-orang Melayu selama ini.
PAS amat sesuai membawakan lambang perjuangan peninggalan orang-orang Melayu dahulu itu dalam perjuangan mereka. Malangnya PAS bersikap seperti UMNO, sama-sama tidak jujur terhadap sejarah. Apakah orang-orang Melayu PAS yang ada pada hari ini lebih mantap Islam mereka dari orang-orang Melayu dahulu? Bolehkah orang-orang Melayu PAS hari ini menafikan bahawa ura-ura untuk menubuhkan parti PAS pada waktu dulu turut diusahakan bersama oleh sekolompok orang-orang Melayu yang menjadi ahli UMNO pada ketika itu yang cintakan Islam? Bagaimana jika dikatakan bahawa lambang perjuangan Pekembar telah diilhamkan oleh orang-orang Melayu yang menjadi ahli UMNO yang berjiwa cintakan Islam? Macam mana kalau aku katakan bahawa lambang perjuangan Pekembar itu telah diilhamkan oleh orang-orang Melayu dahulu yang menjadi Moyang-Moyang dan Atuk-Atuk kepada orang-orang PAS yang ada pada hari ini? Tak kenal maka tak cinta, nak menyebutkan nama Pekembar pun orang-orang Melayu payah, bagaimana pula untuk mengetahui akan isinya?
Aku telah dibawa ke bilik Melaka yang mana telah dijadikan bilik gerakan untuk Polis beroperasi mengawal keadaan di perhimpunan yang sedang berlangsung pada ketika itu. Orang yang paling aku kenal sewaktu diiring masuk ke dalam bilik Melaka adalah Tuan Hadi Ho OCPD Dang Wangi kerana aku pernah melihat wajahnya di dalam akhbar. Orangnya nampak tenang, aku pun turut terasa cool. Polis-Polis Melayu yang bertugas di dalam bilik Melaka itu seorang demi seorang mengambil risalah dari dalam kotak dan membaca. Sama ada mereka faham atau tidak aku sendiri tidak pasti. Ketika duduk di kerusi yang sedia tersusun di hadapan meja berbentuk L dalam bilik Melaka itu, tiba-tiba masuk ke dalam bilik itu tiga orang SB, dua Melayu dan seorang India, yang tahan aku tadi telah keluar meninggalkan bilik, orang lain yang baru masuk datang menghampiri aku, salah seorang dari SB yang baru masuk memegang sebuah kamera. Aku diarahkan supaya berdiri membelakangkan dinding dan diambil gambar sebanyak dua kali dan selapas itu aku diserahkan kepada SB berbangsa
SB India tersebut mengambil tempat duduk menghadap muka aku dan mengeluarkan beberapa helai kertas untuk merekodkan kenyataan aku sambil diperhatikan oleh beberapa orang anggota Polis lain yang berada di dalam bilik itu temasuk Tuan Hadi Ho, SB India itu menyoal dan aku manjawab sambil dia mancatitkan butiran jawapan aku di atas kertas. Ketika aku sedang di soal siasat oleh SB India itu datang seorang pegawai Polis Melayu berpangkat tiga paku menghampiri kami. “ Ini salah ni. Kena masuk lokap, kena tidur dalam lokap malam ni.” Katanya menakut-nakutkan aku. “ Salahkah kalau nak tuntut bahasa ibunda orang Melayu supaya dikembalikan ke tempat asalnya?” aku bertanya. “Kalau pasal nak kembalikan bahasa ibunda Melayu ke jiwa orang-orang Melayu kena masuk lokap, masuklah.” Aku menjawab selamba sambil melepaskan senyuman tanpa gula ke muka pegawai Polis itu. ‘Kenapa tak gunakan saluran yang betul?’ Tanya pegawai itu lagi. ‘Tolong tunjukkkan pada saya saluran yang betul?” Aku seolah-olah mencabar dia. ‘Kalau ada saluran yang betul tak perlulah saya buat kerja macam ni.” Aku berkata pada dia. “Yang ada dalam perhimpunan UMNO ini semuanya Pak-Pak angguk, saya terpaksa protes ikut cara saya sendirilah”. Aku memanjangkan hujahku. ‘Khadijah Sidek ni siapa?” Tanya pegawai itu lagi dari suasana ingin menakut-nakutkan aku kepada suasana ingin tahu, anggota-anggota Polis yang duduk berdekatan di meja berbentuk L yang kononnya sibuk dengan tugas masing-masing curi-curi dengar perbualan soal siasat di antara aku dengan pegawai mereka. “Kalau nak tahu siapa Khadijah Sidek kena tanyalah kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang berada di dalam Dewan Merdeka tu”. Aku menjawab secara remeh. Pegawai itu terdiam, langsung bergerak ke sudut bilik di pintu masuk bilik di mana duduknya beberapa pegawai yang berpangkat sedang bercakap-cakap, ada yang sedang bercakap dengan telefon bimbit. Pegawai tiga paku bercakap sejenak dengan pegawai-pegawai di situ kemudian kembali ke tempat aku duduk sambil berkata “Pakcik kena tinggalkan bangunan UMNO ini, risalah dalam kotak yang pakcik bawa ini kami tahan.
Aku tak menjawab sepatah pun, angkat punggung dari kerusi terus berjalan keluar dari bilik Melaka tanpa mengucapkan apa-apa kepada Polis-Polis yang berada dalam bilik tersebut. Aku keluar meninggalkan bangunan UMNO berjalan dalam keadaan yang longlai, hatiku sebak kerana perjuangan aku untuk Pekembar tersangkak pada hari itu.
Aku berjuang ‘One Man Show’ berjuang bersendirian, guna modal sendiri, bila risalah kena rampas bajet tak cukup nak buat risalah lagi terpaksa guna alternatif lain. Kadangkala hanya tinggal air liur, maka menyembur-nyemburlah air liur aku bercakap tentang Pekembar kepada orang Melayu bila mana mendapat kesempatan, tak kira yang tua mahupun yang muda. Sewaktu berlakunya kegawatan politik akibat pemecatan Anwar Ibrahim dari UMNO, aku telah pergi ke rumah beliau dengan hasrat ingin bertemu beliau, malangnya terlalu ramai manusia berada di rumah Anwar pada malam itu. Aku bertemu dengan Dr. Wan Azizah, aku mamperkenalkan diri dan menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Anwar namun hampa kerana pada ketika itu Anwar sentiasa dikelilingi oleh peguam-peguam, orang-orang kuat UMNO yang simpati dengan beliau, orang-orang dari dalam negara, orang-orang dari luar Negara, pendek kata macam-macam punya orang ada. Aku tidak patah semangat, aku mencari kesempatan, pada suatu subuh aku berada di rumah Anwar. Selepas menunaikan solat subuh dan solat hajat berjemaah, Anwar duduk tidak berapa jauh dari aku bersama dua orang penyokong kuat beliau yang aku tidak kenal bercakap tentang sesuatu, aku hanya memerhatikan. Bila mereka beredar aku cepat-cepat datang kepada beliau sambil mengeluarkan lambang perjuangan Pekembar dari kocek baju Melayu yang aku pakai lalu menyerahkan lambang tersebut ke tangan beliau. “Dato pada lambang ini ada nombor telefon saya, jika Dato ingin tahu tentang lambang ini boleh hubungi saya, mungkin lambang ini boleh digunakan untuk Reformasi”. Itu yang aku cakapkan kepada beliau sebelum aku meminta diri meninggalkan rumah beliau. Setelah dapat bertemu dengan Anwar Ibrahim dan menyerahkan lambang Pekembar ke tangan beliau aku menunggu kalau-kalau dia akan menelefon aku. Namun bila aku kenangkan suasana di rumah beliau ketika pertama kali aku ke
Pada fikiran aku yang bodoh ini pergolakan berlaku di dalam politik Melayu UMNO, pemecatan tehadap Anwar telah dilakukan oleh MKT UMNO yang diketuai oleh Mahathir yang mana kesemua ahli MKT UMNO yang telah membuat keputusan itu terdiri dari orang-orang Melayu. Kenapa berbagai kaum pula yang mengerumuni Anwar untuk membela dia, kenapa tidak orang-orang Melayu secara total?. Selang beberapa hari selepas aku berkesempatan bertemu dengan Anwar, beliau ditangkap. Terngiang-ngiang di benak kepala aku dengan tanda tanya kenapa Anwar tidak menelefon aku, kenapa Anwar tidak memberikan sedikit ruang untuk aku bercakap dengannya tentang lambang Pekembar itu. Bila aku menceritakan kepada kawan-kawan tentang pertemuan aku dengan Anwar Ibrahim, kawan-kawan aku memberitahu bahawa ada perkara yang terkandung pada lambang perjuangan orang Melayu itu yang aku tunjukkan pada Anwar telah menggangu jiwa beliau. Muhammad, Ali, Fatimah, Hassan dan Hussien yang merupakan lima nama diantara nama-nama yang terkandung di dalam selawat Nabi yang telah aku hiaskan pada lambang perjuangan peninggalan orang-orang Melayu dahulu yang bernama Pekembar itu telah menggugat jiwa Anwar, sepertimana yang diceritakan oleh kawan aku, besar kemungkinan jiwa Anwar terganggu bila memandang kepada nama lima manusia yang telah menjadi pilihan ALLAH SWT terhias pada lambang tersebut. Anwar Ibrahim tentu ingat akan peristiwa di sebalik bayangan nama-nama itu ketika beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri dulu, Anwar Ibrahim pernah menganiaya sekelompok manusia-manusia yang telah berserah diri kepada ALLAH SWT melalui nama-nama itu.
Ketika aku terbaca di dalam akhbar tentang usaha Dr. Wan Azizah untuk menubuhkan parti baru yang kini dinamakan PKR, aku bergegas ke kediaman beliau, di sana ada beberapa orang lelaki penyokong kuat parti baru yang ingin ditubuhkan termasuk Ezam Mohd Noor, kepada Dr. Wan Azizah aku menyatakan kekecewaan aku terhadap usaha beliau. ‘Kenapa kakak tak buat parti orang Melayu?’. Aku luahkan perasaan. “Awak di mana, kenapa tak awal-awal datang supaya kita boleh bincang? Komen seorang yang bergelar Haji yang namanya aku dah lupa. Ezam ada didalam rumah tetapi tidak bersama kami. ‘Awal lagi saya dah beri nombor telefon saya pada Abang Anwar tetapi tak ada respon, macam mana saya nak datang”. Aku menjawab, semua terdiam. “ Kakak, kalau kakak tubuhkan parti politik Melayu, saya mungkin akan berjuang dengan kakak dengan syarat perjuangan mesti berlandaskan kepada pengertian yang terkandung pada lambang perjuangan Pekembar yang mana tidak pernah ada di dalam perjuangan UMNO. “Aku berhujah sambil menunjukkan lambang Pekembar kepada mereka. “Kakak”, sambung aku lagi “Abang Anwar belum pernah memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam erti kata yang sebenar kak.” Suasana di ruang tamu rumah Dr. Wan Azizah tempat kami berbicara sunyi sepi buat seketika. Tuan Haji PKR yang aku dah lupa nama dengan Dr. Wan Azizah tidak menyanggah apa yang aku cakapkan. Ezam Mohd Noor tak menampakkan diri, mungkin sibuk dengan urusan untuk parti baru yang akan ditubuhkan.
Dr. Wan Azizah kelihatan sayu mendengarkan luahan hati aku yang dah terlambat untuk diberikan perhatian, aku juga merasa agak kecewa kerana tidak dapat untuk berjuang bersama-sama dengan beliau. Aku belum bersedia dan tidak akan bersedia untuk berada dalam satu perjuangan yang didukungi oleh berbilang kaum dengan berbagai kepercayaan agama, oleh kerana sejarah telah mendidik jiwa aku. “Kak, Tuan Haji, saya rasa tak ada apa yang hendak saya cakapkan lagi, terima kasih kerana kakak dan Tuan Haji telah meluangkan masa untuk mendengar luahan hati saya, mohon maaf kalau saya terkasar bahasa, saya minta diri dulu kak, Tuan Haji.” Aku meninggalkan rumah Dr. Wan Azizah dengan hati yang berat. Bolehkah Islam menyinar melalui perjuangan PKR yang didukungi oleh berbilang kaum yang menganut berbagai agama? Persoalan ini timbul di benak aku tanpa jawapan.
Aku telah diperkenalkan kepada Cikgu Ishak Surin dan Haji Ismail Yahya, orang-orang lama dalam PAS. Aku bersalaman dengan mereka dan mereka mengajak aku bergambar bersama. Selepas bergambar, aku hulurkan kad yang berlambangkan Pekembar kepada Cikgu Ishak Surin, macam mahu tak mahu saja dia memegang kad itu. Tanpa membaca apa-apa tentang isi kandungan pada kad Pekembar itu dia pun berkata “Oh UMNO…” Sambil melemparkan senyuman sinis ke muka aku. Cikgu Ishak memulangkan kad Pekembar kepada aku. Hanya senyuman tawar yang terhias di muka aku ketika menerima balik kad Pekembar yang tidak mendapat sambutan dari Cikgu Ishak. Hati aku berkata,”macam ini ke sikap orang yang di katakan tahu tentang sejarah, tak baca apa-apa terus melatahkan perkataan UMNO?”
Aku pernah pergi ke pejabat Harakah yang berdekatan dengan Hospital Tawakal, aku kesana bertujuan untuk menyerahkan artikel yang aku tulis tentang Pekembar. Aku naik ke pejabat Harakah dan berjumpa dengan orang yang bertugas di situ. Dia bertanyakan tentang maksud aku datang ke Harakah. Aku berikan kepadanya artikel yang aku tulis bersama lambang Pekembar yang aku lampirkan bersama artikel tersebut. Aku nyatakan kepadanya dapat kiranya Harakah menyiarkan artikel yang aku tulis. Orang itu melihat lebih kurang isi kandungan yang aku berikan kepadanya kemudia dia berkata “ Maaf Bang di sini kami hanya siarkan perkara-perkara yang berkaitan dengan PAS saja,” sambil menyerahkan kembali artikel yang berada di tangannya kepada aku. Artikel tersebut aku lipat dan masukkan ke dalam kocek sambil melangkahkan kaki beredar dari situ, malas nak cakap apa-apa.
Ternyata apa yang diinginkan oleh penjajah kafir Inggeris (British) supaya berlaku ke atas orang-orang Melayu melalui hasrat mereka untuk memporak-perandakan masa depan bangsa Melayu akhirnya terhasil melalui unsur-unsur yang telah mereka semaikan di masa lalu, buktinya orang-orang Melayu telah mengkhianati bahasa ibunda mereka sendiri. Unsur-unsur yang telah disuntikkan oleh penjajah kafir Inggeris (British) ke dalam perjuangan orang Melayu melalui anak-anak didik mereka telah berjaya menjadikan orang-orang Melayu dalam UMNO menjadi ‘Lembu’ dan menjadikan orang-orang Melayu dalam PAS menjadi ‘Kerbau’
Orang-orang UMNO kata itu UMNO, orang-orang PAS pun ikut kata itu UMNO.
Orang-orang UMNO kata itu ‘tahi’ orang-orang PAS pun ikut main ‘tahi’.
Orang-orang UMNO dengan lambang perjuangan peninggalan orang-orang Melayu dahulu yang bernamakan Pekembar itu,mereka umpama keldai-keldai yang sedang membawa kitab. Mereka gunakan lambang Pekembar dalam perjuangan mereka, bila ditanyakan tentang apa yang tersurat dan apa yang tersirat pada lambang Pekembar itu, jawapannya satu apa pun mereka tak tahu. Keldai katakan…apa yang keldai tahu? Orang-orang PAS pun sama tapi tak serupa, orang-orang PAS tak jadi keldai macam orang UMNO kerana mereka tidak menggunakan lambang Pekembar dalam perjuangan mereka, namun kebencian yang mereka nampakkan terhadap lambang Pekembar begitu ketara sekali, langsung tidak mahu memberikan walaupun sedikit perhatian kepada lambang perjuangan yang telah diilhamkan oleh orang-orang Melayu dahulu itu yang mana sepatutnya menjadi warisan kepada setiap orang Melayu yang ada pada hari ini. Hanya kerana UMNO menggunakan lambang Pekembar orang–orang PAS menjadi benci tak tentu pasal. Orang-orang PAS memandang kepada lambang perjuangan peninggalan orang orang Melayu dahulu itu seperti memandang kepada benda yang najis, bagaikan orang yang terserempak dengan bangkai seekor babi yang dah berulat tergolek di tengah jalan, jijik! Begitulah reaksi yang selalu aku nampak pada air muka orang orang PAS bila setiap kali lambang Pekembar aku tunjukkan kepada mereka. Jika di dalam UMNO terlalu ramai yang menjadi pak turut, dalam PAS pun lebih kurang sama juga, ramai yang ikut-ikut taksub gila. Pemimpin UMNO dan juga pemimpin PAS sama sahaja sikap mereka terhadap sejarah, mereka tidak begitu mempedulikan sejarah, mereka adalah golongan manusia yang tidak tahu untuk menilai sejarah, mereka tidak jujur terhadap sejarah.
UMNO adalah jaguh dalam mereka-reka sejarah, melalui pembodek pembodek yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk mendapatkan habuan, maka terciptalah sejarah untuk membelai jiwa orang-orang Melayu. Bapak Kemerdekaan, Bapak
Hari ini melalui pucuk kepimpinan UMNO yang baru slogan ‘Satu
Malayan Union mula bertapak dalam perjuangan orang-orang Melayu melalui berbagai nama didahulukan dengan PERIKATAN kemudian diubah menjadi BARISAN NASIONAL, hari ini cuba diperkukuhkan dengan slogan SATU MALAYSIA, malahan Roh Malayan Union turut hidup di dalam perjuangan parti politik yang menentang BARISAN NASIONAL. ‘Roh’ Malayan Union mulai menular dalam perjuangan PAKATAN RAKYAT.
Tunku Abdul Rahman telah dilabelkan sebagai pengkhianat kepada orang-orang Melayu . wajarkah seorang pengkhianat diberikan penghormatan sebagai ‘Bapak Kemerdekaan’? Bolehkah Bapak Kucing menjadi ‘Bapak Kemerdekaan’? Bolehkah orang yang menjadi boneka kepada penjajah kafir Inggeris (British) dipandang sebagai tokoh Perjuang Melayu ??. Begitulah hasrat sebenar yang diinginkan oleh penjajah Kafir Inggeris (British) supaya orang-orang Melayu terus berpegang kepada sejarah yang diolah mengikut citarasa penjajah. Bukan Tunku Abdul Rahman seorang sahaja yang telah berjaya dijadikan sebagai boneka, malahan ramai lagi diantara golongan Bangsawan Melayu yang telah berjaya dibentuk jiwa mereka untuk dijadikan sebagai anak-anak didik kepada pihak Penjajah Kafir Inggeris (British) . Budaya pujuk dan ugut merupakan senjata yang telah digunakan oleh pihak Penjajah Kafir Inggeris (British) untuk memerangkap golongan Bangsawan Melayu. Pejuang-pejuang Melayu yang tidak mampu ditundukkan oleh penjajah Kafir Inggeris (British), pejuang-pejuang Melayu ini akan dihumban kepenjara, ada yang dibunuh, ada yang terpaksa berhijrah kedalam hutan seperti Mat Kilau dan lain-lain semata-mata kerana sayangkan perjuangan, demi Agama, Bangsa dan Tanahair.
Selanjutnya Khadijah Sidek telah dituduh memperhambakan anak-anak gadis ( Putri UMNO telah diujudkan oleh Khadijah Sidek sewaktu di zaman penjajah dulu ) dalam jagaan beliau dan tindak tanduk Khadijah Sidek dikatakan boleh memporak-perandakan UMNO.
Persoalannya bagaimana Khadijah Sidek yang telah dikenakan dengan berbagai tuduhan oleh UMNO sebagai seorang pemimpin yang tidak amanah, yang dikatakan telah mendera anak-anak gadis dan berupaya merosakkan parti, boleh dipelawa oleh Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang menjadi Presiden PAS pada waktu itu untuk meneruskan perjuangan bersama PAS? Malahan telah diberikan peluang untuk bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1959 dan berjaya menjadi wakil Muslimat PAS yang pertama memenangi kerusi dewan rakyat kawasan Dungun? Apakah PAS sebuah parti politik orang-orang Melayu yang dikatakan berjuang berlandaskan Islam akan menerima seorang pemimpin seperti Khadijah Sidek jika semua tuduhan yang telah dilemparkan oleh UMNO itu didapati benar?
Muncul Khadijah Sidek dalam perjuangan PAS jelas menjadi bukti bahawa segala tuduhan yang telah dilemparkan oleh UMNO terhadap diri Khadijah Sidek adalah rekaan semata-mata. Ternyata UMNO telah mengkhianati dan menzalimi Khadijah Sidek. Sebagai Ketua Wanita UMNO pada ketika itu, sewaktu hampir menjelangnya fajar kemerdekaan Khadijah Sidek layak untuk menjadi Menteri Wanita yang pertama. Pada waktu itulah angkara irihati dan hasad dengki semakin membara dijiwa sekelompok orang-orang UMNO yang tidak senang dengan kelantangan Khadijah Sidek . Timbul fitnah mempersoalkan tentang diri Khadijah Sidek, dari mana asal usul beliau anak kelahiran Pariaman di Sumatera Indonesia, Khadijah Sidek telah dilabelkan sebagai orang luar oleh musuh-musuh beliau di dalam UMNO, akhirnya terjelma tuduhan-tuduhan yang direka bertujuan untuk menghacurkan Khadijah Sidek yang baru kematian suami Dr. Hamzah Bin Hj. Mohd Taib.
Datang seorang budak dari rumah UMNO membawakan sepinnggan kuih lengkong sebagai berkat. Aku merengek-rengek hendakkan lengkong, ibu aku mengambil sepotong lengkong untuk aku. Bila ibu aku ingin memasukkan lengkong yang dipegangnya ke mulut aku tiba –tiba aku buat perangai. Aku mengeleng-gelengkan kepala sambil menutup mulut aku. Letih ibu aku melayankan karenah aku, ibu aku menunggu buat sejenak dengan lengkong di tangannya, kalau-kalau aku berubah perangai hendakkan lengkong. Namun aku terus menutup mulut aku. Akhirnya ibu aku yang memakan lengkong itu, selang beberapa minit wajah ibu aku menjadi pucat dan dia mengerang kesakitan. Menurut dari cerita yang pernah disampaikan oleh ibu aku, pada hari tersebut Tunku Abdul Rahman bersama Mohd Khir Johari yang telah menghantar ibu aku ke hospital. Doktor yang merawat ibu aku telah mengesahkan bahawa ibu aku telah termakan benda yang beracun. Jika aku tak buat perangai tak tutup mulut, aku biarkan lengkong yang berada di tangan ibu aku pada ketika itu masuk ke dalam tekak aku, besar kemungkinan aku dah ‘padam’.
Orang-orang Melayu tetap memiliki kisah-kisah sejarah yang hebat setanding dengan bangsa-bangsa lain yang ada di atas muka bumi Allah SWT ini. Malangnya kehebatan dari sejarah itu yang sepatutnya sentiasa segar di jiwa kita tidak disemai dengan sebaik–baiknya oleh kerana kisah-kisah dari sejarah itu telah diletakkan di bawah telapak kasut manusia-manusia yang bergelar sebagai pemimpin dalam UMNO yang mana telah dilakukan oleh pembodek-pembodek yang terlalu cintakan dunia sehingga sanggup membelakangkan kebenaran.
Cuba kita halakan pandangan kita ke India, maka di sana akan terserlah nama Indra Ghandi, di Pakistan pula terpahat nama Benazir Bhutto, di Bangladesh dengan Sheik Hasina besama Khaleda Zia, di Indonesia dengan Megawati Soekarno Putri, di Filipina dengan Corazon Aquino, di Myanmar dengan Aung San Suu Kyi dan banyak lagi. Bagaimana pula dengan kita orang-orang Melayu? Siapa dia tokoh wanita kita di Malaysia ini yang hendak kita nobatkan sebagai
Khadijah Sidek pernah didiskriminasikan oleh PAS sewaktu hampir menjelangnya PRU yang ke 3 pada tahun 1964. Pada ketika itu PAS mula menampakkan Semangat Kenegerian sebagai alasan untuk mengenepikan Khadijah Sidek. PAS mula memperkenalkan kouta di Kelantan hanya orang Kelantan sahaja yang boleh bertanding, begitu juga halnya di Terengganu hanya untuk orang Terengganu saja. Pada tahun 1959 Khadijah Sidek menjadi Wakil Rakyat PAS setelah memenangi kerusi Parlimen Kawasan Dungun di Terengganu. Oleh kerana Khadijah Sidek menetap di Johor maka Khadijah Sidek tidak boleh mempertahankan kerusi yang telah disandangnya di Dungun. Maka terpaksalah Khadijah Sidek bertanding di Johor kawasan yang tidak selamat, oleh kerana negeri Johor merupakan lubuk kubu kuat UMNO (Perikatan).
Pada tahun 1982 selang beberapa bulan setelah Khadijah Sidek kembali ke Ramahtullah, bergema pekikan Marakbah Asri! (pergi mampus Asri!) di Muktamar PAS yang berlangsung di Dewan Bahasa Pustaka di Kuala Lumpur. Dato’ Asri Bin Hj. Muda yang menjadi Presiden PAS pada waktu itu telah dipaksa meletakkan jawatan. Asri telah ditentang oleh ahli-ahli PAS pada tahun 1982, sedangkan Khadijah Sidek awal-awal lagi telah menentang Asri melalui Pilihanraya pada tahun 1969 di Kelantan. Sikap Asri Hj. Muda yang begitu rakus memperggunakan PAS untuk kepentigan diri lebih awal telah dikesan oleh Khadijah Sidek, hanya setelah beberapa tahun baru tindak-tanduk Asri dapat fahami oleh ahli-ahli PAS.
Apa yang aku lihat perjuangan yang dinampakkan oleh PAS dah hampir sama dengan rentak lenggok UMNO, seperti mana yang dapat dilihat pada hari ini melalui suasana maufakat dalam Pakatan Rakyat. Cuma senikata pada irama lagu itu saja yang berbeza, pada senikata yang PAS nyanyikan itu terdapat perkataan Islam, aku tertanya-tanya di dalam hati aku sendirian, adakah Islam yang diyakini oleh orang-orang PAS itu, khususnya Tok-Tok guru PAS dan golongan PAS yang professional merupakan Islam yang sebenar?
Atau Islam PAS mengikut persepsi yang telah diperkenalkan oleh Saidina Muawiyah?
Atau Islam PAS bercitarasakan kepada citarasa Saidina Abbasiyah?
Atau Islam PAS berunsurkan kepada Islam terkini yang dipromosikan oleh Saidina Wahabi?
Sekadar nak tahu bolehkan?
Kalau orang-orang PAS asyik nak berbangga dengan Tok guru yang ilmunya sepenuh kapal bawang itu, rasanya tak payahlah…Nabi Khidir A.S pernah berkata kepada Nabi Musa A.S ketika mereka berada di atas perahu, Nabi Khidir A.S telah mencelupkan jari baginda ke dalam laut , kemudian menunjukkan jari baginda yang basah kepada Nabi Musa A.S sambil berkata, “Lihat Musa kepada air laut yang membasahi jari aku ini, sebanyak inilah ilmu yang ada pada aku, ilmu seluas lautan ini adalah hakmilik Allah.” Begitulah cerita yang aku pernah baca tentang sejarah mengenai Nabi-Nabi Allah.
Apa yang mampu aku fahami serba-sedikit mengenai agama Islam, Ulama disebutkan sebagai pewaris Nabi. Berserabut otak aku untuk cuba memahami keadaan Tok-Tok guru dan Ulama-Ulama PAS. Bolehkah mereka-mereka itu dikategorikan sebagai Ulama Pewaris Nabi? Setahu aku perjuangan Ulama yang dikatakan sebagai Pewaris Nabi tidak bergantung harap kepada kotak-kotak peti undi . Tok-Tok guru dan Ulama-Ulama PAS itu tidak boleh dianggap sebagai Pewaris Nabi, sememangnya mereka-mereka itu bukan Pewaris Nabi. Mereka sekadar menjadi Tok-Tok guru dan Ulama-Ulama politik, cuma ada perkataan Islam pada platform mereka, itu sahaja.
Sepertimana yang berlaku pada hari ini, PAS lebih banyak berpolitik daripada berdakwah. Lebih mengeruhkan keadaan bilamana seorang Wakil Rakyat DAP yang bukan Islam telah membacakan ayat yang terkandung di dalam Al Quran sewaktu menyampaikan ceramah bertujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat demi memastikan kemenangan wakil dari PAS yang bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Bukit Gantang, orang-orang Melayu menjadi semakin keliru. Adakah Tok-Tok guru PAS dan Ulama-Ulama PAS sudah semakin jarang membacakan ayat-ayat dari kitab Al Quran semasa berceramah? Sehingga terpaksa wakil DAP yang bukan Islam membacakan ayat Al Quran untuk PAS?

Assalamualaikum warrahmatullah wabarakatuh...
BalasPadamTak kenal maka tak cinta, tak Melayu hilang di dunia (Tun Tuah, 14..) dan Melayu bangsa yang telah mati? (Zaaba, 1932). Itu adalah catatan sejarah. Dan saya bangga dengan Kekanda saya Mohd Hatta, anak Khadijah Sidek yang berani kerana benar menulis tentang Waris PEKEMBAR yang saya rasakan adalah luahan rasa kekecewaan beliau yang amat mendalam dan tragis terhadap UMNO kerana parti keramat itu (mengambil hujah Hishamuddin Hussein Onn) dan PAS yang langsung tidak mengambil berat tetang sejarah perjuangan orang lama khususnya ibu kandung beliau, mantan Ketua Kaum Ibu UMNO.
Saya menyokong supaya ahli UMNO, PAS dan PKR Melayu kembali kembali bersatu dalam satu wadah perjuangan PEKEMBAR dan menghargai sejarah. Memang perlu sejarah ditulis semula dan diajarkan secara lebih bersistematik di sekolah, bermula dari sekolah rendah hingga ke universiti. Syor ini dibuat bukan kerana saya seorang pelajar sejarah dan sains politik tetapi kerana ia penting buat survivasl sebuah bangsa yang bergelar MELAYU. Tanpa sejarah, manusia akan jadi buta mata dan hati terhadap kebenaran. Bayangkan jika sejarah adalah lampu belakang kereta, setiap kali memberek, kita tahu ada halangan dan musibah di hadapan. Orang yang tak tahu dan mengenali sejarah akan jadi seperti penduduk di Pulau Pinang, Melayu tetapi layu... longlai dibuai oleh mimpi ngeri kerana diperintah oleh sang kelembai dan kafir, dulu Lim Chong Yu, kemudian oleh Khoh So Khoon dan kini dan selamanya kot oleh... Lim Guen Eng,orang Melaka munafiq... eh silap kafir DAP konon nak jadi Omar Abdul Aziz... itu.
PEKEMBAR ITULAH UMNO DAN UMNO ADALAH PEKEMBAR. Saya teringat pesan Ayah yang menulis 13 buah buku agama dan sebuah buku politik dan menerbitkannya di Jakarta dan Medan Indonesia di bawah pimpinan Pustaka Al-Husna dan Al-Furqan. Alhamdulillah kesemua buku tersebut tersebar luas dan telah diwakafkan untuk semua. Pesan beliau: jangan mengharapkann apa-apa pun balasan jika kamu berjuang melainkann keredhaan dan rahmat Allah SWT. Kita ini hanya manusia, penuh dengan kelemahan dan kealpaan, perjuangan yang suci ialah perjuangan dan dakwah untuk membela nasib diri di sisi Tuhan, membela nasib keluarga dan anak-anak agar tidak kelaparan dan meminta-minta, membela nasib jiran tetangga dan saudara mara sekampong, senegeri dan senegara agar tidak kembali dijajah..
Malaysia (Melayu Raya?) pernah dijajah dan kita kini telah 54 tahun merdeka. Berbanggakah anda? Bahasa kita adalah bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia (Malindo). Kepada para pencinta agama dan pejuang bangsa di luar sana, marilah kita berusaha untuk menyatukan umat Melayu dan Islam, jika boleh luaskan ruang lingkup perjuangan tuan-tuan dan puan-puan dan cik-cik agar menyelubungi tanpa batasan dan sempadan hingga keseluruh Nusantara kerana dari sanalah bangsa Melayu di Malaysia inin bermula.. juga merentas lebih jauh lagi ke Sri Langka, Maldives, Madagaskar, Afrika Selatan, sampai ke Mesir, UK, AS, Australia, New Zealand, Eropah... Kerana Melayu kini sudah jadi bangsa global bukan lagi glokal (mengambil istilah Mohd Najib Tun Razak). Bangsa Melayu dan Indonesia sebenarnya berjumlah lebih 350 juta orang... Kita adalah bangsa ketiga terbesar selepas bangsa China dan India... Kenapa tak percayakah???
Sila layari http://www.umno-pas-pkr.blogspot.com/ dan http://www.demokratgroupmalaysia.blogspot.com/ [SM.Net]
SEMOGA ALLAH MEBERIKAN KEPADA KITA AKAL YANG CERDAS DAN IMAN YANG KENTAL UNTUK TERUS BERDAKWAH DAN BERKARYA..
BalasPadamCerita yang pernah Aku dengar ..
BalasPadamPelengkap Pa Kab Mim Ba..RA perlu di satukan dgn
Alif Min Nun Wow untuk diterjemahkan kearah pembentukan satu bangsa yang kenal akan diri..salam
alif tendang wau tu
BalasPadam